
KARNIVAL ANTI DADAH 2016
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana berkat usaha semua pihak dan keizinan Allah SWT Karnival Anti Dadah (KANDA) 2016 telah melabuhkan tirainya di Zon Utara (Politeknik Seberang Perai) dengan jayanya. Objektif utama KANDA'16 ini ialah memberi kesedaran tentang bahayanya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat. Selain itu, program ini juga berhasrat untuk memberi peluang masyarakat bertemu dan beramah mesra bersama pemimpin di samping menonjolkan penglibatan golongan mahasiswa dalam program-program kemasyarakatan seumpama ini. Dengan terlaksananya program ini jelas membuktikan semangat kesukanan mampu membendung gejala negatif dalam apa jua keadaan.
Program telah bermula pada jam 3.00 petang dengan Pertandingan Warna-Warni Permatang Pauh yang disertai seramai 98 orang pelajar sekolah kategori tadika dan sekolah rendah, diselangi dengan acara Sukaneka Rakyat yang disertai lebih kurang 150 orang pengunjung. Program dimeriahkan lagi dengan pembukaan tapak niaga Car Booth Sale yang mana lebih 50 tapak diberikan secara percuma serta Pameran Auto Show yang disertai oleh peminat kereta di sekitar Zon Utara.
Acara kemuncak diteruskan dengan Criminal Escape Run yang disertai lebih kurang 600 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, pelajar sekolah dan orang awam. Perasmian pelepasan acara larian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, Pegawai Khas Kanan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang turut serta secara langsung dalam larian ini bersama para peserta.
Jumlah pengunjung yang dicatatkan untuk karnival ini adalah seramai 3,000 yang mana ia melibatkan semua kaum termasuklah Melayu, Cina dan India. Pihak penganjur telah mendapat maklumbalas positif dari kalangan pengunjung dan peserta, InsyaAllah pihak MANTAP akan terus menjalinkan hubungan baik bersama semua pihak yang terlibat untuk kelangsungan program lain yang boleh dilaksanakan secara usahasama pada masa akan datang.
​
​
​
​
![]() | ![]() | ![]() |
---|---|---|
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() |